Ahad, 9 Oktober 2011




 3 Tips Mencerahkan Kulit Muka

1.Parut seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka.Biarkan hingga kering.Selepas itu cuci muka dengan air suam.Amalkan setiap malam.


2.Campurkan parutan lobak merah,kuning telur,sedikit air limau nipis hingga sebati.Sapukan pada muka dan biarkan kering.Cuci dengan air tanpa sebarang pembersih muka.  


3.Campurkan tepung sagu dengan air.Sapukan pada muka seperti memakai bedah sejuk.Lakukan setiap hari.



 4 Tips Menghindarkan Parut Di Muka

1.Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk.Campurkan dengan sedikit air.Sapukan pada bekas jerawat.Amalkan sekerap yang boleh.

2.Kisar timun dan tapiskan air.Tampalkan hampas timun pada muka.Biarkan setengah jam.Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3.Tumbuk sehelai daun sirih muda.Tepekan pada muka terutama pada bekas jerawat.Setelah kering,cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

4.Cuci bersih daun pegaga bersama akarnya sekali.Giling hingga lumat.Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air.Lumurkan ke bahagian yang berparut.

Sabtu, 8 Oktober 2011




 3 Tips Mengelakkan Muka Sembab

1.Jemur hingga kering sepuluh keping kulit buah rambai.Tumbuk hingga halus kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air untuk dijadikan bedak.Sapukan setiap malam sebelum tidur.

2.Campurkan sedikit asam jawa dengan tepung beras.Gaul hingga sebati.Pupurkan pada muka selama 15 minit,kemudian bilas.Lakukan sekerap yang boleh.

3.Kisar sebiji putih telur,sedikit madu,minyak zaitun,sebiji limau nipis,bunga melur dan badam.Pupurkan di muka dan biarkan kira2 10 minit sebelum dicuci.