Sabtu, 8 Oktober 2011




10 Tips Menghilangkan Jerawat

1.Masak secekak daun inai bersama dua cawan air.Biarkan hingga mendidih.Setelah sejuk,sapukan pada jerawat.Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.

2.Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air.Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur.Lakukan sekerap yang boleh.

3.Campurkan susu tepung dengan air bersih.Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh muka denga air suam.Amalkan selalu.

4.Belah dua biji tomato.Sapukan rata pada muka sebelum masuk tidur.Biarkan sehingga kering.Buangkan biji tomato yang melekat di muka.Keesokan harinya,basuh muka dengan air bersih.Amalkan seminggu sekali.

5.Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu.Campurkan dengan bedak sejuk.Tepekkan di muka sebelum tidur.Amalkan setiap hari.

6.Picitkan jerawat dengan tangan yang bersih.Selepas itu,sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat.Lakukan selalu Insya-Allah jerawat tidak akan tumbuh lagi.

7.Ambil seberapa banyak kulit timun.Tumbuk hingga lumat.Pupurkan kulit timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat.Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan.Amalkan petua ini setiap hari. 

8.Tumbuk seulas bawabg putih yang telah dibuang kulitnya.Titik pada jerawat secara melata pada muka.Titik sebelum tidur.Amalkan setiap hari.

9.Campurkan susu,madu dan putih telur.Kacau hingga sebati.Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit.Selepas itu,bilas dengan air.Amalkan selalu.

10.Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras.Gaul hingga sebati dan sapukan ke muka.Biarkan seketika dan bilas dengan air.Amalkan selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan